pengikutku...;-)

Tik ToK...

Monday, February 25, 2013

SHOUT IT LOUD!

Sahabat sekalian, tahniah jika anda membaca semua artikel dengan penuh tenang dan sabar. Buat anda yang masih skip-skip atau baca tak habis sebab bosan, tidak mengapa. 

Saya dulu juga seperti anda. Sama juga seperti kita mendengar ceramah, iblis dan syaitan sentiasa berbisik kepada kita supaya bosan dan mengantuk. Begitu juga dengan mana-mana blog yang menyiarkan mengenai soal keagamaan. 

Semoga suatu hari kita semua tidak pernah rasa terpaksa untuk membaca sesuatu yang baik dan bernilai. Kerana inilah yang bakal menambah berat amalan kita di sana kelak. 




Saturday, February 23, 2013

UJIAN SEBAGAI KEKUATAN

assalamualaikum sahabat2


           
             disini ana ingin berkongsi sesuatu
             dimana kitaa tidak sedar sebenarnya
             setiap ujian yang menimpa kita tuh
             adalah kekuatan tok kita...

KEKUATAN????

yurp..kekuatan...
banyak sudut sebenarnye

kekuatan dari segi sabarnye
kekuatan dari segi ketabahannye
kekuatan dari segi fizikal n mental
dan bnyk lagi

tapi ape yang ana nak sentuh adalah
kekuatan dari segi kesabaran n ketabahan
kerana ape??

sbub bnyk daripada kalangan kita ni
setiap kali musibah,ujian atau dugaan yang menimpa
pasti ada yang mengeluh

kenape semua ni jadi kat aku??
kenape sume ni??

knpe knpe dan knpe???

tapi sahabat2ku, jangan dipersoalakn semua tuh
kite perlu bersyukur dengan semua tuh
allah uji kita dengan semua tuh
kerana allah syangkn hambenye
kerana allah kasih pada hambenye
kerana allah ingin melihat hmbenye
sentiase zikir kpd nyee

kite perlu positif dan muhasabah diri
biar ape dugaan yang menimpa
itu ujian allah tok uji kesabaran kite
setinggi mane kite sabar terhdap ujiannye

dari situh kite dapat menilai diri kite sendiri
jike kite cepat mara...
perbaiki lah ia dengan wuduk
jike kite mudah mengalah
perbaiki la ia dengan bberibadah..
dan bnyk cara lain sebenarnye...

ingat sahabat2ku
allah amat suke pade hmbenye yg sabar
biarkn kesabaran n ketabahan itu
jadi kekuatan tok kite sentiase
menjadi hmbenye yang soleh beriman dan bertaqwa..
amin amin ya rabbal a'lamin ^^













Thursday, January 10, 2013

BELAJAR DALAM WAKTU YANG SESUAI


1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

-Kita ingat 10% apa yang dibaca 
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat 
- Kita ingat 70% ap
a yang dicakapkan
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan


3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa. 

4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji sekerap mungkin.

5. Manfaatkan kemahiran mengingat:

- Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah akronim
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham 

7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.

8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti

9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.

10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.

11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.

12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.


13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.

14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar 

SELAMAT BERAMAL ^^